Catatan

3 Tanda-tanda orang munafik yang Sangat Dibenci Oleh Allah

Imej
Saudaraku marilah kita buka sabda Rasulullah Saw : Qaala Rasulullah Saw : "Aayatul Munaafiqi Isalaatsun : Idzaa Haadatsa Kad Dzaba wa Idzaa Wa Ada Akhlafa Wa Idzaa Tumina Khana". (HR. Bukhari dan Muslim dari abu hurairah) Artinya Sabda Rasulullah Saw : "Tanda-tanda orang munafik ada tiga macam yaitu : apabila ia berbicara berdusta  apa bila berjanji ingkar dan  apabila dipercaya khianat." (HR. Bukhari dan Muslim dari abu hurairah)  Orang yang munafik ialah seseorang yang memiliki ciri khas, yaitu tidak satunya kata dengan perbuatan, bermuka dua, lain di mulut lain juga dihati, dan tak pernah mau berterus terang. Golongan semacam ini sangat berbahaya di dunia, ibaratkan musang berbulu ayam, sulit untuk mengetahuinya. hanya tanda-tandanya saja dapat diketahui yaitu : apabila berbicara selalu berdusta atau tidak mengatakan yang sebenarnya yang dikatakan itu bertentangan dengan yang terjadi dan bertentangan dengan kata hatinya ; apabil

Kenapa hidup aku macam kosong-je

Imej
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu. Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika

Hati Dan Jiwa Yang Kosong

Imej
Assalamualaikum.  Pernah tak korang rasa jiwa dan hati korang kosong sekosong-kosongnya? Hari hari yang mendatang pun kita rasa benda yang sama dan macam terasing dengan dunia padahal sekeliling kita ada ibu ayah, adik abang kakak and kengkawan. Bila kita sendiri kita akan berkata "AKU NI TAKDE PERASAAN KE ?" sebab semuanya kosong dalam jiwa. Sebenarnya kita ni dah hanyut sangat dengan dunia yang serba moden. Arus teknologi, sosial membuatkan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Dan paling penting bila jiwa dah kosong syaitan mudah menghasut kita. Nauzubillah. Kita solat , kita buat semua yang Allah suruh tapi kenapa hati tetap kosong ? Sepatutnya hati tu terisi dan jiwa kita tenang kan ? Ni tak, dah solat pun tetap kosong. Macam kita ni patung yang takde perasaan. Cuba tanya hati kita ? Tanya "apa khabar hati ?" "adakah hati ini di penuhi dengan zikrullah ?" Sihat kah hati kita ? Atau mungkin ianya sakit tanpa kita sedar ?

Apabila tenggelam dalam surah Al Fatihah ayat 2

Imej
Apabila tenggelam dalam surah Al Fatihah ayat 2, "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."  Maka, akan tersedar, betapa picisannya doa kita pada Allah. Pencipta 7 petala langit, 7 petala bumi. Pencipta daripada sekecil-kecil bakteria, hingga sebesar-besar galaksi Milky Way.  Malah lebih besar daripada itu, yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia akan kebesaran alam ini. Oleh sebab itu, Allah tambah nikmat kepada makhluk-Nya yang bersyukur. (Surah Ibrahim: 7)  Andai makhluk picisan ini (kita) bersyukur dengan nikmat-Nya yang sedikit, pasti akan lebih bersyukur dengan nikmat-Nya yang banyak.  Dan ... sebaliknya.  Apabila kita dicintai penduduk bumi, belum tentu kita akan dicintai penghuni langit. Tetapi apabila kita dicintai Allah, kita akan peroleh cinta kedua-duanya, iaitu cinta penghuni langit dan penduduk bumi.  Inspirasi kisah Uwais Al Qarni.  Rasulullah SAW bersabda, “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril, “Sungguh Allah mencintai Ful

Mengapa Hati Kosong, Jiwa Tak Tenteram, Resah dan Gelisah?

Imej
Kadang-kadang, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita..JIWA KUSUT...seakan-akan ada 'something missing'... Hati pula terasa kosong. Hendak buat apa-apa pun seakan-akan tiada mood. Tiada semangat. Hendak senyum, susah sekali. Sekadar senyuman hambar... Mengadap smartphone, belek Whatsapps, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter, menonton Astro Akademi Fantasia, Redah Kasi Pecah Extravaganza, Maharaja Lawak Mega, drama "Istikharah Cinta", "Suamiku Encik Sotong", "Cinta Ibadah" sekalipun tidak tenang. Pernah tak hadapi situasi seperti ini?  Jiwa tak tenteram, mungkin ada sesuatu yang perlu kita teroka untuk mencari jawapan"kenapa jiwa ini terasa kosong?"  Genggam tangan.  Istighfar.  Urut dada.  Tanya diri, "Apa khabar hati?"  Adakah hati anda dipenuhi dengan zikrullah? Solat tetap buat, tapi hati gelisah? Sudahkah kita baca dan hafal Al-Quran walaupun sepotong ayat? Atau terlalu asyik mendengar lalu me

SALAH FAHAM TENTANG SOLAT DHUHA PUNCA REZEKI TAK DATANG

Imej
Sebenarnya solat Dhuha banyak rakaat tu ada dibuat sampai 4,6, 8, 12, 16 tu. Bukan sebab kita nak minta rezeki itu, ini, atau nak tarik rezeki bagai. Tapi sebenarnya, kita buat Dhuha adalah sebab tanda kita bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi. Buat Dhuha sebab rasa syukur kita pada Allah SWT atas semua rezeki yang kita dah ada. Sebagai tanda bersyukur. Usah buat Dhuha sebab fikirkan rezeki yang masih belum dapat atau buat Dhuha sebab nak rezeki lebih banyak.  Kenapa makin banyak rakaat, makin luar biasa kesan dia? Sebab, makin banyak sujud, makin Allah suka. Makin banyak tunduk makin tinggi rasa syukur. Yang jadi rezeki datang sebab amal Dhuha tu, adalah disebabkan Firman ALLAH SWT Bermaksud, "jika kamu bersyukur" maka AKU tambah nikmatKU kepadamu. Allah SWT janji macam tu. Sebab tu, Dhuha tu dikatakan tarik rezeki. Sesudah bersyukur, Allah tambahlah nikmat. Takdanya buat Dhuha sebab tu rezeki nak datang. Sebab tu ada yang buat Dhuha tak dapat apa-apa. Sebab tak faha

WAJIB BACA KEPADA YANG ADA ADIK-BERADIK

Imej
Sebenarnya bila adik-beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik. Kalau kita tengok ada yang adik-beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih, bantulah adik-beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata nabi SAW. Ini Kisah sahabat saya .... Sahabat saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi, beliau tak nak 'tag' nama dia. Nama dia Haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya-raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu beliau. Dia kata, "Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik. Walaupun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik-beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik-beradik saya. 'So' Khalil, kalau ada adik-beradik, susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki kat 'you&