Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Membantah Kesesatan Anti Hadis

Imej
Klik Di Sini Shaykh Al-Albani pada sebuah kuliah beliau ketika berada di Qatar pada bulan Ramadan 1392H, memilih untuk tidak membentangkan mengenai bulan Ramadan, sebaliknya beliau merasakan topik yang dibincangkan ini berkenaan kedudukan Al-Sunnah (Hadis) di dalam Islam amat penting untuk disampaikan. Al-Sunnah ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam Islam, sebagai asas dan sumber primer dalam pembinaan syariat. Namun, kemajuan teknologi keduniaan dan intelektual yang datang dari Barat pada hari ini telah memberikan pengaruh yang besar dan mempengaruhi pemikiran generasi kita pada hari ini. Usaha dan doktrin yang dibawa termasuklah menafikan Tuhan dan Pencipta (atheism) dalam menegakkan Sains dan kitaran alam semula jadi, dan tidak kurang mudaratnya masyarakat Islam yang terpengaruh dengan ideologi pluralism, liberalism sehingga menafikan Rasul yang maksum dalam membawa utusan Pencipta. Al-Sunnah menurut sebahagian mereka tidak boleh dijadikan hujah,

UJIAN Dan HIKMAH

Imej
Pernah tak, rasa down sangat bila diuji dengan sesuatu? Rasa macam.. " kenapa la aku diuji seberat ini.. " Baru-baru ni saya ada baca buku Bicara Mata Hati tulisan cikgu Abd Ghani Haron... Cikgu Ghani cerita tentang kawannya yang diuji dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke kenduri. Kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit tepi jalan. Maka tak sampai la mereka ke rumah kenduri tu. Pada malam harinya mereka dapat berita di kenduri tersebut berlaku kes keracunan makanan. Ada yang meninggal dunia dan ada ramai yang terpaksa menerima rawatan di hospital. Alhamdulillah mereka sekeluarga terselamat dari keracunan makanan asbab kemalangan tadi. Cerita kedua, bapa cikgu Ghani sendiri, satu ketika dulu pernah kehilangan kerbau yang boleh dikatakan menjadi sumber pendapatan keluarga. Kerbau tu digunakan untuk upah membajak sawah. Lepas kehilangan kerbau tu, bapa cikgu pun bertukar profesion dari kerja di sawah ke kerja sebagai tukang ruma

Ciri-ciri Isteri Solehah

Imej
Buku ini tidak khusus ditujukan kepada anak dara yang hendak bernikah dan ingin menghiasi dirinya dengan sifat-sifat isteri solehah, sekaligus mempersiapkan dirinya untuk merealisasikan serta menyempurnakannya. Buku ini juga bukan dikhususkan untuk wanita yang telah bernikah dan berhasrat mempunyai ciri-ciri isteri solehah yang membantunya untuk di Syurga kelak. Buku ini sekali lagi tidak juga dikhususkan untuk wanita yang kurang ambil peduli untuk merawat kekurangan diri serta mengingatkan dirinya akan segenap sisi kekurangannya, seterusnya memperbaiki dirinya dan rumah tangganya yang berharga. Akan tetapi ia lebih umum merangkumi kesemua kumpulan ini, bahkan ia merupakan peringatan bagi seorang ayah yang menginginkan anak-anak wanitanya agar membesar dengan baik, hidup dengan kemuliaan dan memasuki alam rumah tangga yang menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya SAW. Juga untuk para ibu kerana kebanyakan anak perempuan membesar dengan akhlak dan sikap yang mereka pelajar

Aku nak Berjaya Dunia Akhirat

Imej
Nak terus berjaya. Dunia akhirat. Yeahh. Kita fokus kita. Biarlah orang lain lebih kaya ke lebih berjaya ke. Dah rezeki dia. Kita syukur dulu apa kita ada. Nanti Allah beri lebih lagi. Jualan dia laris. Jualan dia laju. Jualan dia laku keras. Takpalah rezeki dia. Kita nak macam tu jugak? Usaha lebih, belajar lebih, bekerja dengan bijaksana. Sudah tentulah dengan ilmu. YAKIN Allah ada. Percaya saja pada Allah. Kita bukan nak kaya semata. Bukan nak sales laju semata. Tapi nak keberkatan. Sikit tapi cukup. Banyak boleh berbagi-bagi. Jangan dengki. Jangan iri Jangan sedih Dengan kejayaan orang. Doakan mereka. Malaikat mendoakan kita. Jangan takut doakan orang. Jom cipta kejayaan kita!  - Nora Yusof Sumber

KEBENARAN MEMANG PAHIT.

Imej
Kecantikan yang kekal abadi adalah disyurga nanti.  Apa yang manusia nak didunia Allah sediakan disyurga sana. Nak muda jelita tak tua. Ahli syurga perempuan sweet 17. Setiap hari bertambah jelita. Umur tak berubah selamanya. Sentiasa dara bak bidadari. Makan sebanyak yang mahu tanpa rasa perlu leceh membuang dan sebagainya. Tidak sakit tapi sihat selamanya. Inilah yang manusia nak setiap hari. Sebab tu di dunia ni bermacam2 dijualnya jamu online lah. Segala jadah petua mak nenek mekap untuk kelihatan cantik muda bergaya jelita dan dara. Sedangkan Allah janjikan itu semua disana. Tapi manusia berhabiskan masa untuk merebutnya didunia ni lagi. Sehingga lalai melupakan amal dan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk mendapatkan keabadian disana bukannya yang sementara disini. Bersiap bermekap berjam-jam. Membazirkan air wuduk dan sebagainya. Berhias untuk siapa dan untuk apa? Tak ubah rupa perempuan jahilliah. Obses FTR itu lebih baik dari o

Ajaibnya Sedekah

Imej
Sama ada percaya ataupun tidak, sedekah adalah ibadah wajib. Ia adalah ibadah yang tidak selari dengan hukum ekonomi moden. Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan, semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya. Namun, itulah jutaan keajaiban, misteri dan rahsia keagungan ibadah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada muslim yang sangup bersedekah. Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia. Marilah terokai keajaiban dan mukjizat melalui Ajaibnya Sedekah.

Hutang Dan Sedekah

Imej
Seorang lelaki telah gagal menguruskan hutangnya apabila perniagaannya bermasalah. Hari-hari pengutip hutang mencarinya sama ada di pejabat mahupun di rumah. Keadaan menjadi lebih parah apabila isterinya minta diceraikan kerana tidak sanggup tinggal dalam keadaan tertekan sebegitu. Sewaktu senang dulu, dia disibukkan dengan urusan bisnes. Urusan rumah tangga diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Emak dan ayah di kampung pula jarang sekali ditanyakan khabar mereka apatah lagi pulang ke kampung menjenguk mereka. Dia malu nak pulang ke kampung menghadap emak dan ayahnya. Kawan-kawan yang sama-sama bersukaria dulu pula hilang entah ke mana. Hasrat isterinya ditunaikan dengan talak 1. Dia berusaha pelbagai cara bagi melunaskan hutang-hutangnya tetapi semuanya menemui jalan buntu. Dalam keputus-asaan dia nekad membunuh diri. Ketika mahu menggantungkan diri, azan berkumandang dan menyedarkan dirinya. Dia turun dari kerusi dan mengambil wuduk untuk solat. Selepas seketika itu

Rahsia Bersedekah

Imej
Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki . Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a. Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka di

Keistimewaan Sedekah

Imej
Segala puji hanya milik Allah, kita selalu memujiNya dikala senang maupun susah. Shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Rasulullah -yang pernah mengalami sakit dan tertimpa cobaan-, kepada keluarga dan sahabat beliau yang penyabar lagi ridha terhadap taqdir Allah. Pada zaman ini berbagai penyakit semakin menyebar dan banyak macamnya. Bahkan beberapa penyakit tidak bisa ditangani oleh doktor dan belum ditemukan obatnya, seperti kanser dan semisalnya, meskipun sebenarnya obat penyakit tersebut ada. Allah tidak menciptakan suatu penyakit, melainkan ada obatnya. Namun obat tersebut belum diketahui, karena suatu hikmah tertentu yang dikehendaki oleh Allah. Mungkin penyebab utama banyaknya penyakit adalah banyaknya kemaksiatan dan dilakukan dengan terang-terangan tanpa malu. Kemaksiatan yang menyebar ditengah masyarakat boleh membinasakan mereka. Allah berfirman yang ertinya, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (Sur