UJIAN Dan HIKMAH

Pernah tak, rasa down sangat bila diuji dengan sesuatu? Rasa macam..


" kenapa la aku diuji seberat ini.. "

Baru-baru ni saya ada baca buku Bicara Mata Hati tulisan cikgu Abd Ghani Haron... Cikgu Ghani cerita tentang kawannya yang diuji dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke kenduri.

Kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit tepi jalan. Maka tak sampai la mereka ke rumah kenduri tu.

Pada malam harinya mereka dapat berita di kenduri tersebut berlaku kes keracunan makanan. Ada yang meninggal dunia dan ada ramai yang terpaksa menerima rawatan di hospital.

Alhamdulillah mereka sekeluarga terselamat dari keracunan makanan asbab kemalangan tadi.

Cerita kedua, bapa cikgu Ghani sendiri, satu ketika dulu pernah kehilangan kerbau yang boleh dikatakan menjadi sumber pendapatan keluarga. Kerbau tu digunakan untuk upah membajak sawah.

Lepas kehilangan kerbau tu, bapa cikgu pun bertukar profesion dari kerja di sawah ke kerja sebagai tukang rumah!

Rupanya takdir Allah dah mengatur peluang rezeki yang lebih besar hasil dari upah tukang rumah tu berbanding kerja sebelum ni.

Kesimpulannya, bila diuji usah cepat melatah dan rasa kecewa berlarutan hingga tak nampak hikmah yang Allah aturkan kemudiannya.

Boleh jadi, ujian tu..

  • Menyelamatkan kita dari musibah yang lebih besar macam kisah pertama di atas.
  • Menjadi batu loncatan ataupun turning point ke arah kehidupan yang lebih baik seperti kisah bapa cikgu Ghani sendiri.


Belajar sesuatu dari cerita ni?

Ucap "alhamdulillah.."











Ulasan